Archive for category Teknik

Teknik Memancing

Teknik memancing di semua perairan

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing
– (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

1 Comment

Belajar Mengetik 10 Jari

Pada jaman yang modern dan serba canggih ini, belajar mengetik dengan sepuluh jari bukan lagi harus pergi ke tempat kursusan atau belajar pada orang lain. Dengan bantuan software ini anda cukup mempelajarinya sendiri di rumah anda. Baiklah, berikut akan saya jelaskan sedikit tahap-tahap mengetik sepuluh jari dengan bantuan software tang bernama “Letter Chase”.

Jika anda belum punya softwarenya silahkan anda download dulu disini.
Setelah anda download dan install, buka aplikasinya. biasanya anda disuruh untuk memasukkan nama anda. Isikan saja nama panggilan anda. Setelah itu tutup aplikasinya dan matikan PC anda lalu tidur. hehe bercanda…
OK kita akan mulai pelajaran pertama. Jreng..jreng..

Klik pada tab menu “Lesson Number” kemudian pilih “Lesson 1″ lalu klik pada tombol Practice Singles untuk belajar mengetik satu demi satu huruf yang ditentukan di Lesson 1. Untuk memulai tekan tombol Space pada keyboard anda. Akan muncul halaman seperti dibawah ini.

Pencet huruf yang berwarna hijau dengan jari yang ditentukan di gambar. Lalu anda akan diberi huruf-huruf lainnya. Setelah pada tahap ini anda sudah merasa lumayan lancar, Lakukan tahap selanjutnya (masih pada lesson1) yaitu klik tombol  Practice Lines. Anda akan diberikan kata-kata yang membentuk suatu kalimat. Tekan saja huruf-huruf yang diberikan dan tentunya denga jari yang benar. Saran saya jangan terlalu terpaku melihat keyboard anda. Lihatlah hanya pada layar monitor anda supaya akan mudah hafal dan terbiasa. Jangan takut salah, karena kegagalan adalah kesuksesan yang tertunda. Setelah anda menyelesaikan kalimatnya, anda akan diberi nilai seperti gambar dibawah ini.
Jika nilai anda masih jelek dan anda belum puas dengan hasil anda, anda bisa mengulanginya lagi. Dan jika anda sudah merasa puas dengan hasil anda, Silahkan melaju ke tahap selanjutnya.

Untuk tahap selanjutnya caranya hampir sama dengan cara diatas. Anda tinggal memilih Lesson2 setelah itu Lesson3, dan seterusnya.
Silahkan anda pelajari sendiri dirumah anda dan saya doakan semoga berhasil. GOOD LUCK… :)

1 Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 71 other followers